Tempahan Bunga Telur Kertas Tisu



Hai Korang.
Memandangkan ramai yang bertanya, ok now Sheila dah pk masak-masak yg Sheila akan buka tempahan Bunga Telur Kertas Tisu.
 
Bunga Telur ni memang kita tau lah kebiasaannya digunakan untuk majlis-majlis Perkahwinan, Pertunangan, Cukur Jambul dan macam-macam lagi lah .
 



 
Warna?  Korang boleh pilih ikut tema majlis korang .  Contoh warna seperti di bawah, dan kalau ada warna tema yang tiada dibawah, korang boleh tunjuk warna pada Sheila, dan Sheila akan sedaya upaya mencari warna yang korang kehendaki .  InshaAllah :)
 
(Antara warna bunga telur yang disediakan Asheila Zakaria)
 
 
Harga adalah mengikut jadual seperti di bawah :
 

 Murah kan ?  Sheila da survey-survey jugak ada penjual-penjual lain yang jual lebih mahal dari harga Sheila .  So, harap harga ni menepati citarasa korang yang nak menempah . hihihi .  Tapi jgn risau ,  harga ni masih boleh runding taw:)
 
 
Cara-cara untuk membuat tempahan order :
 
Email saya di asheila_zakaria@gmail.com atau Whatsapp saya di 013-7244548 dan maklumkan bersama  :
 -  design bunga telur yang anda minat (boleh pilih mengikut design saya atau email/whatsapp sample pilihan sendiri)
 -  warna tema yang dipilih (contoh sample warna yang dipilih)
 -  tarikh majlis anda & lokasi anda
 -  cara pengambilan (self-collect atau delivery poslaju)
 
dan saya akan balas secepat mungkin . .
 
Tempahan awal sangat digalakkan atau sebaik-baiknya dibuat seawall 3-6 bulan sebelum tarikh majlis berlangsung, juga bergantung kepada jumlah kuantiti tempahan.  Bagaimanapun, pertimbangan boleh dibuat bagi tempahan lewat.
 
Tiada istilah BOOKING TARIKH.  Saya tidak akan reservekan mana-mana tarikh untuk tempahan tanpa confirmation dan deposit.
 
Payment :
 
Bayaran boleh dibuat secara bank-in ke akaun CIMB (Detail no akaun akan diberikan selepas confirmation dibuat)
 
Deposit 20% diperlukan sebaik sahaja pengesahan tempahan telah dibuat.  Pembayaran deposit perlu dibuat dalam masa seminggu - 2 minggu setelah details order dimaklumkan.  Sekiranya tiada sebarang repon lebih dari masa tersebut, order dianggap BATAL serta merta.
 
Baki pembayaran seterusnya perlu dibuat sehari sebelum (melalui delivery) / semasa tempahan diserahkan (self-collect) .
 
Penghantaran :
 
Sekitar Pasir Gudang / Johor .  Boleh datang collect sendiri di rumah saya / tempat yang anda mahukan.  Charge akan dikenakan mengikut jarak penghantaran.
 
Kos untuk penghantaran adalah bergantung mengikut kuantiti barang/berat/kiraan matriks kotak.  Tempoh penerimaan barang bergantung pada negeri/kawasan/daerah anda.
 
Saya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan ketika penghantaran pos dibuat.
 
Penghantaran / pengeposan barang order hanya akan dibuat selepas baki payment termasuk kos penghantaran dijelaskan.
 
Pertukaran order yang telah confirm :
 
Sekiranya adna ingin membuat pertukaran order (penukaran warna/bahan), charge akan dikenakan ke atas penukaran baru sekiranya bahan penukaran telah dibeli.
 
Order yang dah siap :
 
Jika order anda telah disiapkan dan dimaklumkan, diharap pembayaran baki dan pengambilan order tidak ditangguh-tangguhkan.
 
Sekiranya order tidak diambil dalam masa SEBULAN dari tarikh dimaklumkan tanpa sebarang pemberitahuan, order itu akan menjadi milik saya dan saya berhak menjual order tersebut kepada customer lain. DEPOSIT juga tidak akan dipulangkan.  TERIMA KASIH :)
 
Antara bunga telur yang telah disiapkan :
 
Tema : Butter Cream
 
Tema : Grass Green
 
 
**  Kalau ada sebarang pertanyaan jangan segan silu whatsapp saya :
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png