Thursday 21 April 2016

Tempahan Handmade Quilling Guestbook

 
 
Assalamualaikum, hye all :)
 
 
Korang sihat?  Lama nya Sheila tak update blog ni .  Bukan takde masa tapi keadaan kesihatan yang tak berapa memuaskan sejak beberapa minggu nie .  Dalam 2 minggu ni, Sheila selalu sakit kepala, pening kepala, kepala pusing + berpinar macam nak pitam pon ade.  Bila buat pregnancy checkup, tekanan darah Sheila turun mendadak sehingga 80+- . Omaigod !
 
Jadi terpaksalah selang setiap 2 hari Sheila kena buat checkup tekanan darah kat klinik tu selama 2 minggu. Dalam selama tu jugaklah tekanan darah memang tak naik2.  Tak tahu nak makan ape untuk naikkan tekanan darah.  Nurse cuma cakap banyakkan rehat tapi rasa nya da banyak rehat masih sama jugak. Hohoho. Mungkin sebab cuaca panas yang melanda negara kita sejak akhir-akhir ni kot .  (Ayat buat sedap hati jek) . hihihihi.
 
 
Ok lah, lupa kan tentang masalah kesihatan Sheila tu.  Beralih pada topik asal.  Sheila membuka tempahan Handmade Quilling Guestbook untuk sebarang majlis.  Biasanya majlis perkahwinan lah kan.  :)  Antara contoh Guestbook yang Sheila pernah buat :
 
 
 
 
Nie Sheila buat untuk majlis perkahwinan kawan baik Sheila pada tahun 2014 yang lepas.  hehehe. Lama betul kan baru nak promot .  Kawan Sheila nak tema blue black.  So Alhamdulillah akhirnya dapat sama kaler macam dye nak.
 
 
Kalau uols berminat ,  bolehlah contact Sheila.  Segala contact detail sume ade di bahagian tab Advertisement atas nun :)
 
 
Ok, pendek je entry harini .  Sakit kepala mendatang lagi . okbai :)
 

2 comments:

  1. wahhh... berbakat...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #23. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

    pemenang akan diumumkan pada 26 April 2016

    ReplyDelete
  2. As salam. Tahniah sbb bakal mendapat baby nanti.
    abam kie dtg n follow ye? no 18. TQ

    ReplyDelete

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png