Tuesday 8 March 2016

Majlis Bertandang Pihak Lelaki

 
 
Assalamualaikum, hye all :)
 
 
Rajin pulak Sheila , sampai 3 entry dalam 1 hari. (Tupon nak kecoh, org lain sampai 10 post tak dak kecoh pon)  Heeee~
 
 
Sebenarnya, dalam masa yang sama beberapa minggu ni Sheila sibuk dengan persiapan untuk Majlis Bertandang Pihak Lelaki pada 12.03.2016 , Sabtu nie.  Sekali dengan abg en.suami. So ada 2 pasangan merpati sejoli lah. Dia da nikah dari bulan 8.  La ni baru nak buat majlis.  Hehehe.  Esok Sheila da start cuti, lagipun ada checkup appointment.  Then nak siapkan bunga telur pada sebelah petangnya.  Hari Khamis , inshaAllah pagi gerak terus ke kampong halaman suami.  Oh ye,  majlis bertempat di Felda Tenggaroh.  Sape orang Tenggaroh angkat tangan ! hehehe. 
 
 
Setakat ni, bunga telur jelah yang nak disiapkan.  Barang-barang lain semua dah disiapkan.  Lagipun, majlis tak buat besar-besaran.  Cuma makan berdamai sahaja.  Ok lah tu kan, dah la tengah bawak perut (walaupun tak besar mana lagi).  Hehehe.  Tapi sebab akhir-akhir ni seringkali mudah letih.  Jalan sikit je, da rasa penat. 
 
 
Kad jemputan simple je.  Buat pon tak banyak dalam 500 keping, so maknanya 1000 jemputan lah.  Nampak mcm banyak kan?  Tapi orang kampong, biasa lah.  Kalau jemput tak ramai, tak best sebab ramai yang kenal. 
 
Kad Jemputan buatan tangan :)
 
Kad jemputan buat sendiri guna Excel je. hehehe.  Peta pon sama, guna Excel.  Edit-edit sikit guna paint and Microsoft Powerpoint.  Malas nak membazir.  Buat kad cantik nanti orang buang jugak .  Tak gituwww~ .  Cuma Sheila print atas art card yang tebal sikit.  Jadi takdelah nampak macam murah sangat .  Theehehehe. 
 
 
Doakan majlis Sheila semuanya berjalan dengan lancer.  Ada free sikit inshaAllah Sheila review apa yang Sheila buat untuk Majlis Bertandang nie. 
 
 
 
Assalamualaikum.
 
 
With Love,
 
 

No comments:

Post a Comment

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png