Tuesday 8 March 2016

Majlis Bertandang Pihak Lelaki

 
 
Assalamualaikum, hye all :)
 
 
Rajin pulak Sheila , sampai 3 entry dalam 1 hari. (Tupon nak kecoh, org lain sampai 10 post tak dak kecoh pon)  Heeee~
 
 
Sebenarnya, dalam masa yang sama beberapa minggu ni Sheila sibuk dengan persiapan untuk Majlis Bertandang Pihak Lelaki pada 12.03.2016 , Sabtu nie.  Sekali dengan abg en.suami. So ada 2 pasangan merpati sejoli lah. Dia da nikah dari bulan 8.  La ni baru nak buat majlis.  Hehehe.  Esok Sheila da start cuti, lagipun ada checkup appointment.  Then nak siapkan bunga telur pada sebelah petangnya.  Hari Khamis , inshaAllah pagi gerak terus ke kampong halaman suami.  Oh ye,  majlis bertempat di Felda Tenggaroh.  Sape orang Tenggaroh angkat tangan ! hehehe. 
 
 
Setakat ni, bunga telur jelah yang nak disiapkan.  Barang-barang lain semua dah disiapkan.  Lagipun, majlis tak buat besar-besaran.  Cuma makan berdamai sahaja.  Ok lah tu kan, dah la tengah bawak perut (walaupun tak besar mana lagi).  Hehehe.  Tapi sebab akhir-akhir ni seringkali mudah letih.  Jalan sikit je, da rasa penat. 
 
 
Kad jemputan simple je.  Buat pon tak banyak dalam 500 keping, so maknanya 1000 jemputan lah.  Nampak mcm banyak kan?  Tapi orang kampong, biasa lah.  Kalau jemput tak ramai, tak best sebab ramai yang kenal. 
 
Kad Jemputan buatan tangan :)
 
Kad jemputan buat sendiri guna Excel je. hehehe.  Peta pon sama, guna Excel.  Edit-edit sikit guna paint and Microsoft Powerpoint.  Malas nak membazir.  Buat kad cantik nanti orang buang jugak .  Tak gituwww~ .  Cuma Sheila print atas art card yang tebal sikit.  Jadi takdelah nampak macam murah sangat .  Theehehehe. 
 
 
Doakan majlis Sheila semuanya berjalan dengan lancer.  Ada free sikit inshaAllah Sheila review apa yang Sheila buat untuk Majlis Bertandang nie. 
 
 
 
Assalamualaikum.
 
 
With Love,
 
 

Monday 7 March 2016

Giveaway Kathy's homemade soap By Alia

 
 
http://aliafarhansaid.blogspot.my/2016/02/giveaway-kathys-homemade-soap-by-alia.html#comment-form



SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @aliafarhan cari gambar ini dan tag rakan anda

3) Like PAGE VANILLA FREAK

4) Follow Instagram @kathyshomemadesoap

5) Like PAGE KATHY'S HOMEMADE SOAP

6) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Kathy's Homemade Soap by Alia'

7) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

8) Tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini

9) Komen dalam penyertaan ini masalah kulit yang dihadapi ( kering, ekzema, berminyak, berjerawat dsb)



 
1 HADIAH UTAMA:

Produk homemade soap bernilai RM50.



3 HADIAH SAGU HATI:

Produk homemade soap bernilai RM25.
 
 
 
p/s :  Sekali pandang tak nampak macam sabun.  Macam kek lapis yang dihiasi dengan chocolate rice.  So cute ! :)

Asheila Zakaria bertukaaaarrr !!!

 
 
Assalamualaikum, hye all. :)
 
 
Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus berbakti dibumi Allah.  Sheila excited nak buat entry pagi-pagi lagi nie.  Sebab apa?  Sebab nya blog Sheila da bertukaaarrrr .  Ngehngehngeh.  Eksaited benor nyee. Sheila ni tak lah berapa pandai nak mencantikkan blog nieh.  Dulu mula2 berblogging, macam-macam tutorial duk cari, duk selak.  Kadang sampai nak pitam mata.  Abes, madah tengok pc je kan sampai mata pon naik lebam! Hehehe.  Tapi berblogging kali ni taklah teruk macam masa mula-mula-mula Sheila blogging dulu, umur awal 20-an.  Masa tu, berblogging sampai ke pagi, sanggup tak tido. (Tapi Sheila menganggur lagik, so tak pk nak g keja ka stadi ka). Mana nak cantikkan blog nya lain, nak update blog nya lain.  Hehehe. Kelakar pulak bila throwback. Ok, habis mukaddimah.  Ngeee~
 
 
Tapi kali ni, bukan Sheila sendiri yang cantikkan blog.  Sheila upah orang.  Heeee. Peace yo ! Rasa macam lebih senang je. Hehehe.  Memang la senang, order je kan, macam order roti canai kat kedai mamak.  Roti canai satuuu ! Theehehehe.
 

http://aliafarhansaid.blogspot.my/2016/02/giveaway-kathys-homemade-soap-by-alia.html#comment-form
Header baru yang simple lagi menawan hati. :)

Ni lah header baru Sheila.  Simple jek kan?  Simple but nice, I loiikeee uollss.  Hehehe.  Sheila sangat mementingkan kekemasan.  Aicehhh.  Tahniah kpd adik ehem2 (kalau nak tau sapa yang buatkan, sila baca entry ni sehingga habis) sebab buatkan header macam nie, sama seperti yang akk nak.  Sebenarnya Sheila tak kisah tang bentuk rupa "Asheila Zakaria" nie, tapi Sheila nak header nye melintang penuh.  Taknak yang besar header ikot body blog.  Faham tak ape yg Sheila meraban ? Ngeee~  Senang kata macam blog Sheila ni lah.  Hehehe.



Sidebar pon cantik menarik tertarik kau mmg da bommm. Kau hado ? ngeee~


Sidebar pon simple mimple je.  Eh, nampak tak red balloon tu?  Jgn lupa klik taw.  Baru 8 orang follower Sheila, sedih . sob sob. . (Ahaiiii.. drama pulak).  Haha, takpelah. Masih permulaan kan.  Terima kasih yang follow Sheila ye.  :)
 
 
Actually, Sheila memang giler purple.  So, Sheila request purple + soft pink and simple design supaya tak nampak messy.  Sheila kalau bab-bab design Sheila tak cerewet tapi kalau messy Sheila cerewet.  Biar sedap mata memandang gituwww.  Heee~ . 
 
 
Semua ni Sheila tempah dengan adik Rrai .  Boleh klik link untuk terus terbang ke blog beliau.  Mudah nak deal dan berkomunikasi dengan adik Rrai.  Kalau korang berkenan nak tempah dgn beliau, di bawah ada serba sedikit info tentang harga dan pakej yang ditawarkan oleh adik Rrai.  :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HARGA:
Pakej A: RM15
-header
-watermark
-footer bawah blog
-menu tab [jika direquest oleh customer]
-post footer
-post title
-sidebar title
-background blog
-scrollbar background
-highlight colour
-image hover
-link hover
-blockquote background
-image for home,older and new icon

Pakej B: RM5
-header sahaja [sama ada bercantum dengan blog atau tidak/mengikut permintaan customer]

atau

-footer sahaja [sama ada bercantum dengan blog atau tidak/mengikut permintaan customer]

Pakej C: RM3
-watermark sahaja

Harga yang ditetapkan adalah muktamad dan saya mengambil kira kos penggunaan elektrik/ tenaga dan masa yang saya guna. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Berbaloi-baloi taw.  Sheila amik Pakej A, bukan  RM30, bukan RM20 , bukan RM16. Tapi RM15.00 sahaja !  Huhuhu.  Ayat promote yang sering viral di facebook dan laman social seangkatan dengannya.  Hehehe.
 
 
Ok, kpd korang yang newbie macam Sheila ni, kot2 nak tempah editkan blog, boleh la wiki-wiki Rrai untuk keterangan lanjut. :)  Sekian untuk entry kali ni. 
 
 
 
Assalamualaikum.
 
With Love,

Friday 4 March 2016

Pregnancy Diary : My First UPT II

Assalamualaikum, hye all. :)
 
Sheila bersemangat nak sambung cerita dari My First UPT yang Sheila post sebelum nie.  Hehehe.  Dah macam drama bersiri pulak kan, siap ade episod2 lagi.  ^^
 
 
Disebabkan Sheila ni ragu-ragu dengan result UPT tu, Sheila berkeras nak pergi check kt klinik jugak.  So, Sheila pon try2 la tanya HR company Sheila keja tu, boleh tak guna medical chit panel klinik for check pregnancy.  Dia cakap panel clinik not cover for pregnancy and dental.  Huhuhu. Baru nak jimat. Kikiki..  Tapi HR Sheila ckp, klw ngam dengan doctor , suruh doctor/staff klinik tu tulis rawatan perubatan je kt medical chit tu.  Yeayhhh .  Pandai komplot dengan HR. hehehe.
 
 
Akhirnya, berbekalkan medical chit yg ade tu Sheila pergi la klinik panel company.  Klinik panel ni byk cawangan dye, tapi Sheila da biase pergi 1 tempat nie je.  Tapi malam tu doctor lain yang check, bukan doctor biasa.  Hehehe.  Sheila masuk sorang je mase tu.  Then, Sheila bgtau lah kt doc Sheila pening2 kepala.  Doc tanya, da kahwin ke.  Sheila angguk, pastu doc terus suruh buat urine test.  Haha, senang nya doc kan.  hihihi.  After that, Sheila tunggu la dalam 5 minit kt luar bilik tu, xlama staff klinik panggil nama and suruh en.suami masuk sekali.  Erkkk . .
 
 
Tetiba ~
Doktor:  Suami Asila ke?
En. Suami : Aah, ye saya lah.
Doktor : Tahniah, isteri awak mengandung. (sambil hulur tangan) huhuhu. 
 
 
Rasa macam dalam slot drama Akasia pulakkk.  hihihi. Sebijik part dalam drama.  Sebenarnya da boleh agak sejak dalam kereta nk gerak ke klinik lagi.  Mesti ad part macam ni nanti.  Hahaha. Sekali betul daaaa~
 
 
Ok, sekian.
With Love,
 

Thursday 3 March 2016

Projek : Yasin & Tasbih

 
Assalamualaikum, hye all :)
 
 
Harini Sheila nak update pasal projek Sheila buat baru-baru ni. Da lama berjinak-jinak dengan projek ni, tapi al-maklumlah Sheila kan baru je berblogging.  So, saje la nak hapdet kat sini untuk tontonan umum dan untuk kenangan diri sendiri.  
 
Sheila memang suka dengan pearl :)
 
Projek yang Sheila maksudkan adalah jeng jeng jeng :
 
Pearl yang sudah siap menjadi tasbih . Love it :)

Tasbih ni Sheila buat drpd 33 biji pearl.  Dulu masa mula-mula buat memang agak rumit, tapi bila da buat banyak kali, senang je rupanya. Semudah ABC . :) Cantik pulak tengok macam-macam kaler ada. hehehe.



Tasbih & Yasin da siap packaging.
Ready to deliver. Yeayhhh :) 
Akhirnya siap jugak 50 paket tasbih dan surah Yasin. :) Sebenarnya paket-paket ni Sheila buat sempena Majlis Aqiqah untuk anak adik ipar Sheila.  Buat sambil-sambil tengok tv , kejap je da siap 50pcs :)
 
 
Untuk pengetahuan korang, Sheila amik tempahan jugak, boleh dibuat doorgift untuk majlis perkahwinan, majlis Khatam Al-Quran, majlis Aqiqah, majlis Potong Jambul, majlis pertunangan.  Macam-macam lagi lah boleh. Hehehe. Boleh jugak request sama ada nak surah Yasin atau amalan-amalan Doa Harian.  Packaging pon boleh request jugak. Harga? Jangan risau , murah-murah ja okeyyy. Will update next entry. :)
 
 
Sebarang pertanyaan / tempahan boleh hubungi Sheila di SINI
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png